Make your own free website on Tripod.com

                      jihad.jpg (5528 bytes)

  1. Dalam Islam jihad ialah perjuangan yang sungguh-sungguh untuk menegakkan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah dan membasmi perkara-perkara larangan-Nya sekalipun dengan mengorbankan hak-hak kepentingan diri sendiri.

  2. Dalam konsep Islam, jihad merangkumi korban kerana apabila seseorang berjihad dengan sendirinya bermaksud mengorbankan kepentingannya dan membawanya hampir kepada tuhan.

  3. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud:
    " Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami.Sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang  berusaha memperbaiki amalannya."

  4. HIKMAH JIHAD
    a) Jihad itu tidak sia-sia tetapi diberi
        pahala yang besar dari Allah.
    b) Mendapat bantuan Allah dan
        hidayat-Nya menjadikan jihad itu berkat
        dan mendapat rahmat.
    c) Golongan yang tidak beriman tidak
        diterima pengorbanan mereka oleh
        Allah.

  5. JENIS-JENIS JIHAD
    1) JIHAD AKBAR -jihad yang besar iaitu
         jihad melawan hawa nafsu.Contohnya,
         nafsu malas solat, nafsu suka membuang
         masa, nafsu ingin membuat maksiat.
         Melawannya dengan jihad.
    2) JIHAD ASGHAR -jihad yang kecil iaitu
        menentang musuh yang nyata seperti
        peperangan menentang orang-orang kafir
        yang menceroboh agama Islam dan
        memerangi orang-orang murtad.

  6. JIHAD DI JALAN ALLAH
    Berjihad beerti kita berjuang dengan cara mengorbankan apa yang ada pada diri kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada makhluk, hanya mengharapkan balasan dari Allah.  Pengorbanan yang perlu dilakukan :
    a) mengorbankan fikiran iaitu memberi
        sumbangan fikiran ke arah pembangunan
        Islam di semua peringkat kehidupan dan
        di semua sudut.
    b) mengorbankan harta iaitu menyumbang-
        kan harta ke arah pembangunan Islam
        seperti pembinaan sekolah-sekolah yang
        berteraskan Islam, ekonomi bercorak
        Islam, tempat-tempat ibadat, pertahanan
        dan sebagainya.
    c) mengorbankan jiwa iaitu bersedia ber
        korban sekalipun dengan kematian
        apabila berjuang seperti pergi
        berdakwah mengajak orang kepada Islam
        atau dengan berperang di medan perang
        untuk membela agama, bangsa dan negara.
    d) mengorbankan sesuatu yang kita sayang.
        Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat
        92 yang bermaksud :
        " Kamu tidak akan mencapai kebaikan
        kecuali kamu belanjakan apa yang kamu
        sayang."

    e) melawan nafsu dengan membuang
        sifat-sifat tercela dan menghias diri
        dengan sifat-sifat terpuji.
    Kesimpulannya:
    Untuk mencapai darjat jihad yang sebenar adalah dengan pengorbanan yang membawa kepada hilangnya kepentingan dan hak untuk diri sendiri.

     Semangat jihad sepatutnya dipupuk dalam
        diri setiap individu muslim kerana:
        a) mencapai kejayaan bukanlah mudah tetapi
            memerlukan pengorbanan. Besar kejayaan
            yang hendak dicapai, besar jugalah
            pengorbanan yang perlu dibuat.
        b) sabar dan tabah untuk berkorban itu
            sendiri memerlukan semangat jihad.
        c) orang yang paling disukai Allah ialah
            orang yang paling tinggi jihadnya.
            Ibni Mas'ud pernah bertanya kepada
            Rasulullah:" Apakah amal yang paling
            dikasihi Allah?
Jawab baginda: Solat
            dalam waktunya. Kemudian? Kemudian
            jihad dijalan Allah."

        d) orang yang mempunyai semangat jihad
            itulah orang yang layak diajak sebagai
            teman atau pengikut dalam berjuang.

HUBUNGAN JIHAD DALAM PENGORBANAN.

1) Jihad ialah berjuang untuk menegakkan segala
    perintah Allah dan membasmi perkara-perkara
    larangannya dengan bersungguh-sungguh.
2) Pengorbanan adalah penderitaan atau susah
    payah yang mesti ditempuh untuk berjuang
    dalam jihad.
3) Setiap jihad memerlukan pengorbanan kerana
    terpaksa bersusah payah untuk mencapai cita-
    cita yang diperintah oleh Allah.
    Seperti kata pepatah Melayu:
    " Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
    tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-
    senang kemudian."

4) Kejayaan yang dicapai dengan pengorbanan
    lebih besar erti dan nilainya daripada tanpa
    pengorbanan.
5) Sifat-sifat yang perlu ada pada orang yang
    berjihad ialah:
       a) ikhlas kepada Allah
       b) tawakkal kepada Allah
       c) sabar menempuh ujian pengorbanan
       d) tekun

flurline.gif (1468 bytes)

Emblem02Home.gif (3987 bytes)

flurline.gif (1468 bytes)