Make your own free website on Tripod.com

IMAM MALIK RAHIMAHULLAH

RIWAYAT HIDUP

A) Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Abu Amar Al-Asbahi.

B) Beliau dilahirkan di Madinah pada 93 hijrah. Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat.

C) Datuk beliau ialah sahabat Rasullah. Ibu beliau Al-Aliah bte Syuraik.Ada riwayat yang menyebut bahawa beliau berada dalam kandungan ibunya lebih kurang 2 tahun.

D) Beliau wafat pada tahun 179 hijrah ketika berumur 86 tahun dan meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.

E) Beliau adalah pengasas mazhab Maliki.

 

SIFAT PERIBADI.

A) Beliau mempunyai kecerdasan akal fikiran yang tinggi .Beliau menghafaz Al-Quran ketika masih kecil.

B) Imam Malik juga memiliki akhlak yang mulia, bersopan-santun, suka pakai pakaian yang mahal dan bersih serta bau-bauan yang harum.

C) Imam Malik suka bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan sangat benci pada perbuatan mencela sesama manusia dan sangat hormat kepada hadis-hadis Rasullah s.a.w.

D) Beliau merupakan seorang hartawan yang dermawan, menggunakan hartanya untuk menolong golongan yang susah.

E) Merupakan seorang ulama yang warak,taat,dan patuh kepada Allah serta kuat beribadat pada waktu malam. Beliau tabah menghadapi segala ujian yang menimpanya.

 

UJIAN KE ATAS IMAM MALIK

Beliau pernah disebat dengan cemeti hingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak dipersetujui oleh khalifah,iaitu isteri yang diceraikan secara paksa tidak jatuh talaknya.Beliau berkata,"Aku dipukul kerana mempertahankan kebenaran agama.Tidak ada baiknya bagi orang yang tidak dihukum kerana perkara benar."

 

PENDIDIKAN

A) Beliau banyak menimba ilmu pengetahuan di Madinah kerana pada masa itu Kota Madinah menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.

B) Beliau dapat mengingati 29 hadis daripada 30 buah hadis setelah mendengar gurunya menyampaikan hadis tersebut secara lisan.

C) Beliau telah belajar daripada 900 orang guru, sebahagiannya terdiri daripada ulama. Beliau pernah menuntut dengan ulama yang terkenal.Antaranya:

      *Ahli fikah-Rabilah b. Abd. Rahman.

      *Ahli hadis-Imam Nafi'Maula Ibn Umar.

      *Imam Ibnu Syaibah Azzuhri.

D) Berkat kerajinan dan usaha beliau dalam menuntut ilmu,akhirnya Imam Malik muncul sebagai salah seorang ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah.

 

KEISTIMEWAAN.

A) Seorang yang kuat beribadat di waktu malam serta membaca Al-Quran kitab yang mengandungi hadis

B) Menghafaz Al-Quran dan hadis sejak dari kecil.

C) Beliau sangat berani mempertahankan fatwanya walaupun dihadapan seorang gabenor dan musuh islam.         

 

SUMBANGAN.

A) Kitab yang termasyhur ialah   "Al-Muwatta" iaitu kitab yang mengandungi hadis-hadis dan hukum.

B) Kitab-kitab karangan ulama-ulama Mazhab Imam Malik seperti:

      *Al-muhtasar Al-Kabir

      *Al-Muhktasr Al-Ausat

      *Kitab Al-usul

      *Ahkamul Quran

C) Mazhab Maliki berkembang di Moroco,Algeria,Tunisia,Iraq dan Palestin.

    

flurline.gif (1468 bytes)

IMAM ABU HANIFAH RAHIMAHULLAH IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH IMAM AHMAD HANBAL RAHUMAHULLAH

Emblem02Home.gif (3987 bytes)

flurline.gif (1468 bytes)