Penganiayaaan merupakan satu tekanan atau penindasan satu pihak ke atas satu pihak yang lain.Satu pihak bersikap tidak adil atau zalim ke atas pihak lain atau hanya menyebabkan mangsa itu tidak berpeluang mendapatkan haknya secara adil.Penganiyaan terhadap satu pihak atau makhluk yang lain dilarang keras dalam islam.
FAKTOR-FAKTOR PENGANIYAAN.
1. Hasad dengki
a)
berlaku disebabkan perasaan tidak senang hati satu
pihak disebabkan kelebihan
yang ada pada pihak
lain yang tidak ada padanya.
b) cara
untuk mengatasinya;
- menyedari
bahawa kelebihan itu kurniaan Allah
ke atas sesiapa yang dikehendaki.
- orang yang ada
kelebihan harus memanfaatkan
kelebihannya untuk faedah bersama dan wajib
dikongsi bersama orang lain.
2) Tamak.
a) berlaku disebabkan sikap
tidak mahu kkelebihan yang
ada pada dirinya dimiliki juga
orang lain.
b) ini juga disebabkan sikap
tidak mahu sesuatu peluang
didahului oleh orang lain.
c) cara mengatasinya;
1) menginsafi
bahawa bantu-membantu itu adalah
perkara yang wajib ditunaikan sebagai perintah
daripada Allah.
2) menginsafi bahawa pada diri kita
juga ada hak
orang
lain yang wajib kita tunaikan.
3) Tidak berupaya melawan nafsu.
a) berlaku disebabkan emosi atau
nafsu yang memuncak
sehingga dirinya dikuasai oleh nafsu.
b) cara mengatasinya.
- menginsafi
bahawa melepaskan nafsu dan emosi
sesuka hati
boleh merosakkan diri sendiri dan orang
lain.
4) Dendam atau cemburu berlebihan.
a) berlaku disebabkan seseorang
itu merasakan bahawa
dia tidak atau kurang diberi
perhatian atau merasa-
kan orang lain mendapat layanan yang lebih
daripadanya.
b) cara mengatasinya ;
- orang yang suka
berdendam itu mestilah berfikiran
terbuka
bahawa manusia memang tidak mungkin
dapat
melaksanakan keadilan seratus peratus
Bagi
seorang mukmin ini adalah masa yang sesuai
untuk mendapat pahala sabar.
- mengamalkan
sikap tolak ansur, saling memahami
dan
sebagainya dalam diri.
JENIS-JENIS PENGANIAYAAN.
1) Penganiayaan ke atas makhluk.
a) penganiayaan kanak-kanak
b) penganiayaan wanita
c) penganiayaan orang tua
d) penganiayaan haiwan
e) penganiayaan negara
2) Penganiayaan ke atas diri sendiri seperti
melakukan
perkara-perkara yang merosakkan maruah diri, keluarga,
masyarakat dan agama seperti menagih dadah, minum
minuman keras dan sebagainya.
KESAN BURUK PENGANIAYAAN.
1) Menyebabkan berlaku tekanan
jiwa, kerosakan mental,
dan perasaan rendah diri.
2) Menyebabkan individu hilang daya usaha atau tidak
dapat berdikari.
3) Menggambarkan satu kehidupan masyarakat yang
porak peranda.
4) Menjadikan golongan yang menganiaya menerima
kutukan dan hinaan daripada masyarakat.
LANGKAH MENGATASI PENGANIAYAAN.
1) Kerajaan dan semua pihak
hendaklah sentiasa mencari
jalan untuk membanteras semua jenis penganiayaan.
2) Tindakan tegas hendaklah diambil tanpa mengira
bangsa, pangkat dan keturunan.
3) Kerajaan hendaklah menyedarkan rakyat tentang
tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri,keluarga
dan masyarakat.
4) Menyediakan pusat rawatan kerohanian untuk membaiki
kekosongan jiwa.