penghargaan.jpg (23322 bytes)

 

bismilla.gif (28696 bytes)

BaroqueRule10.gif (2789 bytes) ASSALAMUALAIKUM......
Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnianya dapatlah kita bersua  sekali lagi di dalam  ruangan sekalung penghargaan.Di sini ingin saya memanjatkan syukur kepada yang Maha Esa kerana di atas pertolongan dan bantuan pihak-pihak tertentu dapat saya menghasilkan laman Web yang sederhana ini.Walaupun sederhana ia amat bermanfaat untuk semua makhluk tidak kira tua, muda, wanita atau pun lelaki dan semua status yang berkenaan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi restu keizinan untuk saya membuat persediaan bagi menghasilkan laman homepage ini.Tanpa mereka siapalah saya......

Jutaan terima kasih juga kepada pihak sekolah, terutama kepada Tuan Pengetua iaitu En. Wahid b. Bilaji kerana memberi peluang kepada saya untuk mempersembahkan bakat-bakat yang terpendam.

Tidak ketinggalan kepada En. Sahrin b. Ibrahim serta sahabat  karibnya En. Roszali b. Zakaria yang telah sudi meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan teman seperjuangan bagi menghasilkan projek ini dengan lebih sempurna.

Akhir sekali, jutaan terima kasih saya kepada sahabat seperjuangan saya yang telah sudi memberi kerjasama untuk menghasilkan projek ini dengan lebih bersungguh-sungguh.  Mereka termasuklah Rohaidah, Anisah, Azza, dan NorAzreen. Semoga Allah s.w.t akan memberkati apa yang telah mereka lakukan.

Jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah sudi memberikan kerjasama.Sekian.....

WASSALAM..

flurline.gif (1468 bytes)

Emblem02Home.gif (3987 bytes)

BaroqueRule10.gif (2789 bytes)