- Merupakan sogokan faedah berupaya wang atau barangan
yang diberi kepada seseorang atau golongan tertentu untuk mendapatkan kepentingan secara
tidak adil.
- Hukum rasuah adalah haram,
berdosa ke atas orang yang memberi dan menerima rasuah. Rasuah
merupakan satu penganiayaan kepada orang lain.
- Rasuah diharamkan oleh Islam kerana:
a) rasuah merupakan satu kegiatan tidak adil dalam masyarakat.
b) rasuah boleh memupuk sifat tamak dan mementingkan diri sendiri dan
orang
lain menerima rasuah.
c) keadilan tidak dapat dilaksanakan dalam masyarakat.
d) orang yang sepatutnya mendapatkan hak diketepikan kerana tidak
berupaya
memberi rasuah dan menentang rasuah.
e) menjadikan orang yang dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat dalam
masyarakat dan menjalankan amanah itu
dengan jujur.
- Tiga golongan yang dilaknat oleh Allah :
a) orang yang memberi rasuah ( AR- RASYI )
b) orang yang menerima rasuah ( AL MURTASYI )
c) orang yang menjadi perantaraan rasuah ( AR- RAISY )
- Bukti rasuah satu penganiayaan:
a) penganiayaan ke atas diri sendiri, pemberi rasuah dan penerima
rasuah
terdedah kepada hukuman di dunia dan azab
seksa di akhirat. Rasulullah
s.a.w bersabda:
" Allah melaknat
orang yang memberi dan menerima rasuah. "
b) penganiayaan ke atas orang lain iaitu orang yang sepatutnya berhak
mendapat kepentingan dengan adil tetapi
terlepas kepada pemberi rasuah.
c) penganiayaan ke atas pemberi rasuah jika sekiranya dia dituntut
memberi
rasuah oleh penerima rasuah untuk mendapatkan
haknya. Dengan sebab
itu juga dia boleh terhukum.
- Faktor- faktor yang menyebabkan rasuah:
a) orang yang melakukan rasuah itu berpandangan bahawa kesenangan dan
kemewahan di dunia ini sebagai matlamat
hidup.
b) dalam hati sudah tersemai sifat-sifat mazmumah seperti tamak, dangki
dan
sebagainya.
c) lebih takutkan kesusahan di dunia daripada takutkan azab Allah di
akhirat.
d) sifat malas berusaha menjadikan dorongan untuk melakukan rasuah.
- Langkah langkah membasmi rasuah:
a) memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai bahawa
kehidupan di akhirat menjadi matlamat
hidup setiap individu dan
kepentingan Allah, negara dan orang ramai
lebih penting daripada
kepentingan peribadi.
b) berusaha mengukuhkan iman dengan mengosongkan hati daripada
sifat-sifat mazmumah
dan memupuk sifat-sifat mahmudah ( sifat-sifat
terpuji ) seperti murah hati, suka
menolong, merendah diri dan sebagainya.
c) menanamkan rasa takut dengan azab Allah di akhirat yang lebih besar
seksanya daripada kesusahan di dunia.