# MANUSIA YANG BERAKAL IALAH MANUSIA YANG SUKA MENERIMA DAN MEMINTA NASIHAT.
# KEADILAN ITU SYURGA BAGI ORANG YANG DIZALIMI TETAPI KEADILAN ITU NERAKA BAGI ORANG YANG BERSIFAT ZALIM.
# JIKA KAMU MERASA BERKUASA UNTUK BERBUAT ANIAYA KEPADA HAMBA ALLAH, INGATLAH BAHAWA ALLAH LAGI MAHA BERKUASA MEMBALASNYA.
# HANYA LIDAH YANG MAHU BERDUSTA DAN BERBOHONG NAMUN PANDANGAN MATA, HAYUNAN KEDUA BELAH TANGAN, LANGKAH KEDUA BELAH KAKI DAN PERGERAKAN TUBUH ATAU SELURUH ANGGOTA BADAN AKAN MENAFIKAN APA YANG DIUCAPKAN OLEH LIDAH.
# ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA. ILMU MENJAGA KAMU DAN KAMU MENJAGA HARTA. ILMU ITU PENGHUKUM ( HAKIM ) DAN HARTA TERHUKUM. HARTA ITU BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN TETAPI ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN.
# PERKATAAN ITU UMPAMA UBAT, JIKA SEDIKIT BERCAKAP MEMBERI MANFAAT TETAPI JIKA BANYAK BERCAKAP NESCAYA MEMBUNUH.
# DREAM ARE WISHES THAT YOUR HEART MAKES. THOUGH NOW THEY SEEM FAR- FETCHED, YET SOMEDAY SOME OF THEM MAY COME TRUE, IN WHATEVER SHAPES.
# DO NOT JUDGE A BOOK BY ITS COVER, FOR THINGS ARE OFTEN NOT WHAT THEY SEEM. THERE IS MORE THAN WHAT NEETS THE EYE, A DEEPER REALITY FOR US TO DISCERN.
KHAS BUAT SEORANG SAHABAT
Pada nyanyian
ombak malam
ku cuba mengutuskan
sebuah harapan bersama impian
semoga kau mengerti
semoga kau memahami
sebuah perasaan yang tak pernah
luntur disudut hati
dan....TERIMA KASIH ku padamu
atas segala....
keikhlasanmu.....
kejujuranmu dan budi bahasamu
Memiliki teman sepertimu
seumpama memiliki sebuah harta karun
yang semakin lama ianya
semakin berharga.
PANTUN NASIHAT
Betapa indah cincin
suasa,
Bawa ke Dungun di waktu pagi,
Jangan mudah berputus asa,
Jatuh bangun berusaha lagi.
Padi serendah dimakan
angsa,
Orang menjaja ubi keladi,
Jika mudah berputus asa,
Segala kerja tidak menjadi.
Puteri berselendang kain
pelikat,
Bertudung terendak sambil bergaya,
Apa dipandang pada pangkat,
Jika tidak dengan budinya.
Kain songket koyak
digigit,
Buang di paya hulu desa,
Biar hidup miskin wang ringgit,
Tapi kaya budi bahasa.
Dari muara mudik
bersampan,
Singgah di keramat mengambil halia,
Elok dipelihara adab sopan,
Sentiasa hormat dipandang mulia.
Tiada berbuah pohon
pulasan,
Kalau dedalu biak merata,
Muda sering digoda bosan,
Kalau hati kosong semata.
Peti kosong letak
disisi,
Masukkan sekarung buah bidara,
Hati kosong patut diisi,
Bukan dengan cinta asmara.
Akan sakit terpijak
duri,
Andai langkah tidak waspada,
Akan hilang akal dan budi,
Andai diturut cinta menggoda.
Kanta biru model baru,
Belum pasti nampak bergaya,
Cinta asmara usah diburu,
Belum pasti membawa bahagia.
Hidup subur si bunga
dahlia,
Indah terserlah diatas pangkin,
Hidup kita lebih mulia,
Dengan menyintai Allah seteguh mungkin.