- Sabar mempunyai banyak pengertian.Antaranya:
a) tekun mengerjakan suatu pekerjaan tanpa mengenal
jemu atau bosan.Contohnya:
i) sabar dengan menuntut ilmu
ii) sabar bekerja mencari nafkah atau pengalaman
b) tabah serta reda dengan ketentuan atau ujian Allah
ke atas diri seseorang.Contohnya:
i) sabar meninggalkan larangan Allah
ii) sabar dengan bencana yang menimpa diri
c) tenang dan tidak terggopoh-gapah.Contohnya:
i) sabar dalam mengambil sebarang tindakan
seperti menjatuhkan hukuman
ii) sabar dalam mengatur dan melaksanakan
kerja yang rumit
d) sabar menahan diri atau nafsu dan emosi.
Contohnya:
i) sabar menahan marah
ii) sabar daripada melakukan maksiat- Sabar adalah sifat yang terpuji (MAHMUDAH) dan menjadi amalan para rasul. Oleh itu sabar bermaksud tabah menghadapi keadaan dan tidak mudah berputus asa atau dipengaruhi.
- JENIS-JENIS SABAR.
a) sabar menunaikan kewajipan yang difardhukan
seperti sabar mengerjakan solat.
b) sabar menanggung ujian yang menimpa seperti
malapetaka, penyakit berjangkit dan sebagainya.
c) sabar menerima cemuhan dan penganiayaan orang.
d) sabar dengan kemiskinan, lambat senang walaupun
giat berusaha.
e) sabar daripada melakukan maksiat, zahir dan batin.
f) Allah memberi ganjaran yang tidak terkira kepada
orang yang sabar kerana:
i) sabar itu adalah amalan para nabi, rasul serta
orang salih.
ii) sabar itu sukar hendak dilaksanakan dan
memerlukan pengorbanan.
iii) orang yang sabar adalah musuh syaitan.
iv) orang yang sabar adalah kekasih Allah.
v) orang yang sabar itu sentiasa dipuji dan
didoakan.
g) seseorang yang hendak mempraktikkan sifat sabar
dalam dirinya hendaklah:
i) membiasakan dirinya dengan keadaan yang susah.
ii) mengingatkan setiap kejadian itu ada hikmah
Allah disebaliknya.
iii) selalu memerhati dan menginsafi kesusahan yang
ditanggung oleh orang lain.
iv) membanyakkan puasa dan bersedekah kepada
orang miskin dan anak yatim.
v) membiasakan diri bergaul dengan orang miskin
dan hidup melarat
h) Sabar itu boleh menenangkan fikiran apabila:
i) merasakan apa yang menimpa kita adalah ujian
Allah.
ii) merasakan jika kita tidak sabar ujian itu tetapi
terjadi dan tidak boleh dielakkan.
iii) merasakan jika kita tidak sabar mendapat
ganjaran besar dari Allah, malah berdosa kerana
tidak reda dengan ujian Allah.
iv) meyakini bahawa berusaha mengatasi kesulitan
itu satu ibadat yang berpahala jika menepati
syariat Islam.
i) Sabar yang paling tinggi darjatnya ialah sabar yang
dimiliki oleh para rasul, terutama rasul-rasul yang
berpangkat Ulul Azmi kerana:
i) mereka sabar menjalankan perintah Allah dalam
menyampaikan dakwah.
ii) mereka sabar menanggung ujian Allah.
iii) mereka sabar dengan perbuatan jahat kaum
mereka.
iv) mereka sabar kerana tidak berdoa kepada Allah
supaya kaumnya ditimpa azab kerana ingkar
seruan mereka.- KEPENTINGAN SABAR KEPADA MANUSIA.
a) Sabar itu menjadikan seseorang itu beroleh
ketenteraman fikiran kerana tidak bertindak
tergesa-gesa dan tidak mudah berputus asa apabila
menghadapi kegagalan.
b) Sabar menjadikan seseorang itu umat yang bertakwa
kerana tekun melaksanakan perintah Allah dan
meninggalkan larangan-Nya.
c) Sabar membuka jalan kepada seseorang beroleh
kebahagiaan di dunia dan akhirat.
d) Seseorang juga dapat melaksanakan tugas-tugasnya
dengan penuh tanggungjawab dan jujur jika dia
sentiasa bersabar.
e) Sabar melahirkan mutu kerja yang baik, iaitu
kekuatan diri yang berterusan untuk mecapai
kejayaan.